Site icon TechNave BM

HONOR Magic4 Pro bakal dilengkapi teknologi Fotografi Ultra Fusion dan HONOR Magic-Log

Pelancaran HONOR Magic4 Pro di Malaysia akan berlangsung pada 1 Jun 2022 secara langsung di Facebook HONOR Malaysia pada jam 3.00 petang. HONOR Magic4 Pro menjadi perbualan hangat peminat gajet kerana menampilkan sistem kamera berevolusi dengan Fotografi Ultra Fusion bersama teknologi HONOR Magic-Log.

HONOR Magic4 Pro menaikkan penanda aras industri dengan menampilkan kamera lebar 50MP, sensor ultra lebar 122° 50MP dan sensor telefoto 64MP yang dibantu oleh fotografi Ultra Fusion. Ketajaman dan kejelasan imej meningkat sehingga 65% manakala zum digital 100x yang dipertingkatkan dengan sensor telefoto periskop 64MP memberi kejelasan imej sehingga 160%. 

Peranti ini mempunyai ciri HONOR Magic-Log Movie Master dan Filem AI yang pertama dalam industri untuk merakam video 10-bit Log 4K dalam 60fps. Format Log dan Sinematik 3D LUT (Look Up Table) digunakan untuk merakam filem tahap profesional membolehkan penyuntingan video dengan tona warna sinematik dalam kejelasan HDR.

Mungkin HONOR Magic4 Pro adalah pilihan anda bagi mereka yang gemar dalam mencipta kandungan video. Ketahui lebih lanjut mengenai peranti ini di laman web rasmi atau Facebook HONOR Malaysia.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version