Site icon TechNave BM

HONOR Magic4 Pro dilancar di Malaysia: SD 8 Gen 1, OLED 6.81″ 120Hz, cas wayarles 100W berharga RM3,999

Sudah setahun setengah semenjak HUAWEI melepaskan HONOR dan bergerak sebagai organisasi bebas. Walaupun HONOR telah mencapai banyak kejayaan pada ketika itu, ia mengambil masa sehingga kini untuk melancarkan secara global telefon segmen andalannya iaitu HONOR Magic4 Pro.

HONOR Magic4 Pro pada asalnya diperkenalkan pada MWC 2022 dan kini HONOR Malaysia secara rasmi telah melancarkan telefon itu untuk pasaran tempatan. Acara pelancarannya juga dibuat secara strim langsung di Facebook rasmi HONOR Malaysia.

Menurut pengenalan rasmi, HONOR Magic4 Pro dikenali sebagai “pain killer” merangkumi beberapa teknologi seperti skrin telefon mudah alih yang menyokong kedua-dua LTPO dan sehingga 1920Hz PWM dimming, gabungan berbilang kamera fotografi pengkomputeran dan pengecasan pantas wayarles 100W.

Selain itu, HONOR Magic4 Pro hadir dengan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 5G,  kamera utama 50MP yang memuatkan sensor warna 1/1.56 inci + kamera ultra lebar 50MP 122 darjah + kamera telefoto periskop 64MP. Selain itu, pengecasan pantas 100W Wired HONOR SuperCharge boleh mencapai 100% dalam hanya 30 minit dengan bateri berkapasiti 4,600mAh. 

HONOR Magic4 Pro juga merupakan telefon pintar pertama yang menyokong pengecasan wayarles 100W menerusi teknologi HONOR SuperCharge dan kapasiti bateri boleh mencapai 50% dalam masa 15 minit. Ia juga telah disahkan dilengkapi dengan Perkhidmatan Mudah Alih Google (GMS).

HONOR Magic4 Pro turut dilengkapi dengan ciri AI Privacy Call yang pertama dalam industri. Teknologi ini tersebut menggunakan Unit Pancaran Bunyi Dual Pintar yang memerlukan alat konduksi tulang khas bagi menyelesaikan masalah ketirisan bunyi dalam telefon pintar.

Daripada segi fotografi, HONOR Magic4 Pro dinaik taraf daripada model sebelumnya dengan algoritma AI untuk imej yang lebih jelas dan warna asli. Proses ini melibatkan 100 ujian jarak penuh panjang tumpuan dan platform digital untuk mengumpul data 300 parameter ke atas dalam masa sebenar bagi memastikan keseragaman dan kualiti kepenggunaan.

Berikut merupakan spesifikasi lengkap HONOR Magic4 Pro:

Pra-tempahan untuk HONOR Magic4 Pro akan dibuka bermula hari ini jam 5:00 petang. Setiap pra-tempahan akan disertakan bersama hadiah percuma termasuklah HONOR Watch GS 3, HONOR Magic4 Pro Phone Case, perlindungan skrin retak selama enam bulan dan waranti lanjutan 1+1 tahun. Ia akan mula dijual secara rasmi pada 11 Jun 2022.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version