Site icon TechNave BM

HONOR Magic4 pro dilengkapi SD 8 Gen 1, bakal dilancar di Malaysia awal Jun 2022

CEO HONOR Malaysia, Justin Li mendedahkan HONOR Magic4 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada awal Jun ini. Beliau berkata bahawa HONOR Magic4 Pro dapat membantu masalah pengguna yang kerap mengalami masalah bateri, keselamatan privasi, masalah ketegangan mata akibat melihat skrin terlalu lama dan keinginan untuk kamera berkualiti. 

Beliau menyatakan Malaysia merupakan salah sebuah negara utama dalam pelan pemasaran global HONOR dan memperkenalkan lebih 20 produk di pasaran Malaysia pada tahun ini.

HONOR Magic4 Pro hadir dengan skrin paparan kuad lengkung LTPO 6.81 inci dan bezel ultra nipis untuk tontonan yang besar dan cengkaman selesa. Ia mempunyai 1.07 bilion warna yang disokong oleh teknologi HONOR MotionSync dengan kadar penyegaran semula pintar dari 1Hz hingga 120Hz.

Peranti ini hadir dengan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 5G,  tri-kamera lebar 50MP yang memuatkan sensor warna 1/1.56 inci + kamera ultra lebar 50MP 122 darjah + kamera telefoto periskop 64MP. Selain itu, pengecasan pantas 100W Wired HONOR SuperCharge boleh mencapai 100% dalam hanya 30 minit dengan bateri berkapasiti 4,600mAh. 

HONOR Magic4 Pro juga merupakan telefon pintar pertama yang menyokong pengecasan wayarles 100W menerusi teknologi HONOR SuperCharge dan kapasiti bateri boleh mencapai 50% dalam masa 15 minit. 

Anda boleh layari laman web rasmi HONOR atau laman Facebook HONOR Malaysia untuk ketahui lebih lanjut mengenai peranti ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version