Site icon TechNave BM

HONOR Magic4 Ultimate diumum: SD 8 Gen 1, sensor kamera 1/1.12″ dan pengecasan 100W berharga ~RM5,290

Siri HONOR Magic4 diumumkan untuk pasaran global pada Februari lalu dan baru-baru ini HONOR telah melancarkan sebuah telefon pintar andalan terbaharu iaitu HONOR Magic4 edisi Ultimate. Sebelum ini, ia tertiris dengan reka bentuk kamera belakang yang sangat berbeza daripada telefon pintar yang ada di pasaran.

Kamera utama HONOR Magic4 Ultimate mempunyai sensor 1/1.12” 50MP dengan piksel 1.4 µm yang lebih besar (2.8 µm dengan proses binning) digabungkan dengan lensa yang dipertingkatkan iaitu reka bentuk 8P dengan apertur f/1.6. HONOR mendakwa bahawa kamera peranti ini sangat bagus sehinggakan ia boleh menandingi kamera dengan sensor 1” dan lensa f/1.8.

DXOMark menguji telefon itu dan memberikannya 146 mata mengatasi HUAWEI P50 Pro dengan 2 mata perbezaan. Kamera sudut ultra lebar dilengkapi sensor 1/2” 64 MP serta kanta 126°. Kanta 7P ini mempunyai apertur f/2.2 dan juga mempunyai salutan khas. Turut disertakan kamera spektrum 50MP baharu yang dipertingkatkan (seperti yang terdapat pada HONOR Magic V).

Selain itu, terdapat kamera telefoto 64 MP (1/2” sensor) dengan lensa 90 mm bersama OIS (pembesaran optik 3.5x). Tambahan, terdapat sensor 8×8 dToF dan sensor 8 saluran yang mengesan suhu warna cahaya ambien dan sebarang kelipan daripada pencahayaan buatan. Kamera swafoto menggunakan sensor 12MP dengan lensa lebar 100° dan terdapat sensor kedalaman 3D untuk pengecaman muka di sebelahnya.

Kameranya menawarkan prestasi puncak 28.8 TOPS dengan kecekapan kuasa 13.4 TOPS setiap Watt. Ia memproses imej daripada kamera dalam 20-bit setiap saluran dan menawarkan mod malam 4K dengan pratonton langsung. ISP memperkenalkan sokongan untuk format video yang dipanggil Magic-Log2 yang menawarkan julat dinamik 15% lebih tinggi.

Ia juga menyokong LUTS 3D dan membolehkan rakaman video 4K pada 60 fps dalam format Log 10-bit. HONOR Magic4 Ultimate dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 1, RAM 12GB, storan 512 GB, Magic UI 6.0 berasaskan Android 12 dan bateri berkapasiti 4,600 mAh yang menyokong pengecasan berwayar pantas 100W serta pengecasan wayarles 50W.

Paparannya menggunakan panel OLED LTPO 6.81 dengan resolusi 1,312 x 2,848 piksel, pemalapan PWM frekuensi tinggi pada 1,920 Hz dan kadar penyegaran semula 120Hz. Paparan itu juga diuji oleh DXOMark dan memperoleh 95 mata meletakkannya di tempat ketiga di belakang iPhone 13 Pro Max dan Pro (masing-masing dengan 99 dan 98 mata).

HONOR Magic4 Ultimate akan tersedia di China pada tahun ini dengan harga CNY 8,000 (~RM5,290) dan akan tersedia dalam warna hitam dan putih. Magic4 Pro pula akan dilancarkan pada 2 April bermula pada CNY 5,500 (~RM3,635) untuk varian 8/256 GB. HONOR Magic4 akan dilancarkan di China pada 25 Mac dengan harga permulaan CNY 4,000 (~RM2,645).

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version