Site icon TechNave BM

HONOR Magic5 Pro dan Magic Vs terima 5 tahun kemas kini perisian

Siri HONOR Magic5 yang baru sahaja dilancarkan di Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2023 digelar sebagai Dark Horse Flagship oleh banyak media sementara HONOR Magic Vs pula ialah telefon boleh lipat pertama HONOR dilancarkan di pasaran global turut menjadi bualan hangat.

Selain memperkenalkan Siri HONOR Magic5 dan HONOR Magic Vs, HONOR turut mengumumkan polisi kemas kini perisian baharu di mana pengguna akan menerima 3 tahun kemaskini Android dan 5 tahun tampalan sekuriti. Buat masa ini, polisi berkenaan hanya untuk HONOR Magic5 Pro dan HONOR Magic Vs.

Dikuasakan HONOR MagicOS 7.1 baharu berasaskan Android 13, kedua-dua Siri HONOR Magic5 dan HONOR Magic Vs menawarkan pelbagai ciri-ciri pintar. Salah satu contoh menggambarkan MagicRing untuk kolaborasi berbilang peranti dan Magic Text untuk pengecaman teks secara pintar bagi mempertingkatkan produktiviti pengguna.

Oleh itu, tidak mengejutkan apabila pengguna sentiasa menaruh harapan tinggi terhadap sokongan perisian, kebolehpercayaan dan keselamatan penggunaan seiring dengan peningkatan harga telefon pintar andalan. Memahami keinginan tersebut datang dari perspektif konsumer, HONOR menjanjikan 3 tahun kemaskini Android OS.

Dengan semua spesifikasi perkakasan terkemuka dalam industri dimuatkan dalam siri HONOR Magic5, HONOR berazam menyediakan ciri-ciri dan kemaskini sekuriti terkini kepada pengguna Siri Magic dari semasa ke semasa. Jaminan HONOR untuk 3 tahun naik taraf Android OS menandakan pengguna boleh menikmati prestasi terbaik HONOR Magic5 Pro untuk jangka masa panjang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari kedai dalam talian HONOR. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version