Site icon TechNave BM

HONOR Magic6 Pro bakal dilancar di Malaysia pada 20 Mac 2024

HONOR Malaysia akan melancarkan HONOR Magic6 Pro yang merupakan telefon andalan baharu pada 20 Mac 2024. Acara pelancaran akan disiarkan secara langsung di laman Facebook HONOR Malaysia jam 3 petang. HONOR Magic6 Pro diperkenalkan ketika Mobile World Congress (MWC) 2024 di Sepanyol dan mendapat ulasan yang positif berkenaan inovasi telefon pintar.

Pembelian awal HONOR Magic6 Pro kini ditawarkan dengan bayaran deposit RM66 hingga 20 Mac ini. Pelanggan juga akan menerima hadiah eksklusif bernilai sehingga RM2,259 termasuk HONOR SuperCharge Wireless Charger Stand, HONOR Watch 4, HONOR Earbuds X6 serta jaminan dan gantian retak 365 hari.

Telefon ini mempunyai pelbagai ciri menarik seperti sistem kamera Falcon yang termasuk kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 50MP dan kamera Tele-Falcon HONOR 180MP. Skrin telefon ini juga dihasilkan daripada pelindung NanoCrystal HONOR yang tahan lasak.

Bateri HONOR Magic6 Pro mempunyai kapasiti tinggi 5,600mAh dan disokong oleh pengecasan HONOR Wired SuperCharge 80W dan HONOR Wireless SuperCharge 66W. Telefon ini dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 3 dan beroperasi dengan MagicOS 8.0. Kemampuan AI Magic Portal dan Magic Capsule memudahkan lagi penggunaan telefon ini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi HONOR di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version