Site icon TechNave BM

HONOR Magic6 Pro dilancar: SD 8 Gen 3, OLED 120Hz, kamera 180MP bermula ~RM6,720

Pada hari ini, HONOR telah memperkenalkan telefon pintar andalannya (flagship) yang terbaru iaitu HONOR Magic6 Pro. Sebagai telefon andalan, ia dilengkapi segala spesifikasi yang tercanggih untuk telefon premium yang dilancar pada 2024 seperti cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 dan pengecasan pantas 80W.

Ciri baharu untuk Magic6 Pro adalah teknologi Tele-Falcon Camera System dengan kamera telefoto periskop 180MP yang membenarkan pengguna untuk mengambil gambar yang jelas, walaupun selepas zum. Ia boleh mengambil gambar jelas untuk objek jauh yang bergerak pantas seperti atlit larian, haiwan, bunga api di langit serta kanak-kanak yang sering bergerak.

Kamera utama 50MP pula dilengkapi sensor 1/1.3″ Super Dynamic Falcon Camera H9000 dan apertur boleh ubah Ultra-large Self-Adjusting Aperture.

Rekaan belakang Magic6 Pro
Tiga lensa pada Magic6 Pro

Di hadapan pula, ia mempunyai skrin HONOR NanoCrystal Shield yang menerima pengiktirafan SGS 5 Star Overal Glass Drop Resistance Ability. HONOR mengatakan skrin ini mempunyai ketahanan 10 kali ganda lebih tinggi berbanding kaca biasa, dengan material khas dan ketumpatan kristal yang lebih tinggi sebanyak 50%.

Skrin ini juga boleh menjana kecerahan puncak 5,000 nits dan untuk penggunaan yang lebih selesa pada mata, ia mempunyai pengiktirafan TÜV Rheinland Flicker Free Certification 4,320Hz.

Bahagian hadapan Magic6 Pro
Bahagian sisi yang melengkung sedikit

Selain itu, baterinya kini berkapasiti 5,600mAh dan menyokong kadar pengecasan pantas 80W yang boleh mengecas penuh dalam masa 39 minit sahaja. Ia juga menyokong pengecasan wayarles 66W.

Ia turut dilengkapi sistem operas MagicOS 8.0 yang menawarkan pelbagai fungsi canggih berdasarkan kecerdasan buatan (AI) untuk mengenal pasti tabiat penggunaan dan boleh menyediakan pengalaman penggunaan yang lebih lancar. Fungsi yang ditawarkan termasuklah Magic Capsue dan Magic Lock Screen.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk HONOR Magic6 Pro:

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version