Site icon TechNave BM

HONOR Magic6 Pro sah secara rasmi bakal tiba untuk pasaran Malaysia

HONOR Magic6 Pro akan tiba ke Malaysia tidak lama lagi selepas pelancarannya di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2024, baru-baru ini. HONOR Magic6 Pro membawa peningkatan dalam fotografi, paparan, prestasi dan pengalaman pengguna dikuasakan Kecerdasan Buatan (AI).

HONOR Magic6 Pro telah mencatatkan tiga rekod DXOMARK untuk kategori Paparan, Bateri dan Swafoto, mengatasi pesaing terkemuka Samsung, Apple dan Google Pixel. Peranti berprestij ini mendapat markah 157 dalam kategori Bateri mengatasi Oppo Find X6 Pro.

Dalam kategori Paparan pula, HONOR Magic6 Pro mendapat markah 157 mengatasi Samsung Galaxy S24 Ultra dan Google Pixel 8 Pro yang masing-masing di tempat kedua dan ketiga. Peranti andalan ini juga mendapat kedudukan kedua dalam kategori Audio.

Menariknya, HONOR Magic6 Pro menerima penarafan ‘Gold’ dalam semua kategori ini, sekaligus menyerlahkan kelebihan peranti ini secara menyeluruh. Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic6 Pro, sila klik di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version