Site icon TechNave BM

HONOR Magic6 Pro telah dihantar ke angkasa untuk menguji ketahanan bateri

HONOR Malaysia telah menulis surat kepada Samsung dengan tajuk ‘cas semula diri anda tetapi jangan terlalu kerap’, sambil mengumumkan pelancaran andalan baharu, HONOR Magic6 di Mobile World Congress (MWC) 2024 di Barcelona, Sepanyol pada 25 Februari 2024.

Peranti ini mempunyai bateri karbon silikon generasi kedua dengan kapasiti besar 5,600mAh yang mampu bertahan sepanjang hari dengan pengecasan pantas 88W. Salah satu ujian adalah melepaskan HONOR Magic6 Pro ke angkasa untuk menguji keupayaan bateri menahan pelbagai keadaan iklim. Ujian tersebut telah dirakam dan dimuat naik di saluran YouTube HONOR.

Video tersebut berjudul ‘Discover the Galaxy by Magic’ itu memaparkan HONOR Magic6 Pro yang dicas penuh terbang tinggi di atmosfera sebelum memasuki ke angkasa.  Selepas tiga jam terdedah dengan suhu melampau di altitud tinggi, peranti itu berjaya kembali ke bumi dan baki bateri masih banyak iaitu 86%.

Selain itu, HONOR juga telah menjalankan ujian ekstrem di mana HONOR Magic6 Pro diuji dengan meletakkan peranti dalam peti sejuk beku pada suhu -20 °C selama 13 jam tetapi peranti itu masih menunjukkan prestasi yang kukuh. Bateri karbon silikon generasi kedua ini telah menerima pensijilan dari beberapa piawaian industri yang ketat.

Pelancaran global siri HONOR Magic6 dan Magic V2 RSR juga akan disiarkan secara langsung di laman web HONOR pada 25 Februari, jam 9 malam. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version