Site icon TechNave BM

HONOR MagicBook 14 diumumkan di Malaysia: AMD Ryzen 5, cas pantas 65W berharga RM2,499

Terkini, HONOR Malaysia telah mengumumkan HONOR MagicBook 14 di pasaran Malaysia. Komputer riba kompak ini boleh mula didapati melalui pra-tempahan bermula 7 Julai 2020.

HONOR MagicBook 14 hadir dengan spesifikasi menarik untuk sebuah komputer riba yang seringan 1.38kg. Spesifikasinya termasuklah janaan pemproses AMD Ryzen 5 3500U bersama janaan grafik Radeon Vega 8. Ia dikatakan memiliki kapasiti bateri yang mampu bertahan selama seharian penggunaan. Anda boleh penawaran spesifikasi lain seperti di bawah.

Untuk pengetahuan anda, anda boleh mendapatkan HONOR MagicBook 14 secara pra-tempahan bermula 7 Julai hingga 13 Julai secara dalam talian melalui Hihonor atau Shopee. Dengan harga RM2,499, anda bakal membawa pelbagai hadiah percuma bernilai sehingga RM817 termasuklah HONOR Watch Magic!

Untuk pra-tempahan secara luar talian pula, anda boleh mengunjungi mana-mana HONOR Experience Store atau pengedar sah HONOR bermula 7 Julai sehingga 16 Julai.

Adakah anda bakal mendapatkannya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version