Site icon TechNave BM

HONOR MagicBook 16 dan MagicBook 16 Pro dilancar: Miliki AMD Ryzen 5800H bermula ~RM3,240

HONOR MagicBook 16 dan MagicBook 16 Pro telah dilancarkan beberapa hari lepas. Ia hadir dengan dua warna iaitu Glacier Silver and Star Gray. HONOR MagicBook 16 Pro berharga sekitar RMB6,199 (~RM4,016) hingga RMB6,999 (~RM4,535) manakala HONOR MagicBook 16 tanpa paparan grafik bebas bermula dari RMB4,999 (~RM3,240) dan versi R7 adalah RMB5,199 (~RM3369).

Siri MagicBook 16  mempunyai ketebalan 18.2mm dan berat 1.84kg. Ia dilengkapi dengan:

Siri MagicBook 16 turut mendapat pengiktirafan German Rheinland Low Blue Light dan National Eye Diagnostic and Therapeutic Engineering Technology Research Center. HONOR MagicBook 16 mempunyai kad grafik GTX1650 manakala HONOR MagicBook 16 Pro mempunyai NVIDIA RTX3050. Dengan spesifikasi yang agak canggih, prestasi komputer riba ini dapat mencapai sehingga 85W.

Peranti ini mempunyai tiga paip haba berdiameter 2mm dan menggunakan dwi-kipas untuk mengawal suhu dan mengurangkan bunyi bising di mana pengudaraan keseluruhan boleh meningkat ke 68% dan peningkatan prestasi dapat mencapai ke 112%. Sokongan audio gaming Nahimic dapat memberikan anda pengalaman lebih baik.

Kami amat menyarankan mereka yang gemar bermain permainan untuk memilih HONOR MagicBook 16 dan MagicBook 16 Pro. Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version