Site icon TechNave BM

HONOR MagicBook 16 dilancar di Malaysia: Komputer riba 16″ AMD Ryzen 7 bermula RM4,299

HONOR Malaysia hari ini telah melancarkan sebuah komputer riba terbaru iaitu HONOR MagicBook 16.

Komputer ini dilengkapi skrin berukuran 16.1 inci dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 87.3%, nisbah aspek 16:9, gamut warna sRGB 100%, kecerahan 300 nits, kadar segar semula 144Hz, resolusi Full HD dan pengiktirafan TÜV Rheinland Low Blue Light Certification.

Untuk spesifikasi dalaman, ia dilengkapi cipset lapan teras AMD Ryzen 7 5800H 3.2GHz, AMD Radeon Graphics, RAM 16GB dan storan 512GB. Baterinya berkapasiti 56Wh dan ia menyokong pengecasan 65W.

Komputer riba ini turut dilengkapi papan kekunci dengan cahaya latar (backlit), kamera webcam 720p, dua speaker, dua mikrofon dan butang kuasa yang turut bertindak sebagai pengimbas cap jari.

HONOR MagicBook 16 akan dijual di pasaran Malaysia pada harga RM4,299. Pra-tempahan akan dibuka pada 29 Mac hinga 6 April 2022 dan setiap pra-tempahan akan disertakan bersama HONOR MagicWatch 2 46mm, Microsoft Office 365 Personal, tetikus wayarles, beg galas dan penjagaan bateri selama 1 tahun.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version