Site icon TechNave BM

HONOR MagicBook diumumkan, lengkap dengan AMD Ryzen 5 dan SSD 512GB

HONOR Malaysia baru-baru ini memperkenalkan HONOR MagicBook iaitu sebuah komputer riba 14 inci dengan badan 13 inci. Walaupun masih tiada maklumat tentang harganya dan keberadaannya dalam pasaran Malaysia, kita tahu bahawa ia datang dengan warna kelabu Space Grey dan dilengkapi Magic Link iaitu ciri yang serupa dengan teknologi One Hope oleh Huawei.

Daripada segi spesifikasi, MagicBook dilengkapi AMD Ryzen R5-3500U, GPU Radeon Vega 8, RAM 8GB, SSD 512GB dan paparan LCD 14 inci dengan resolusi 1920 x 1080. Baterinya pula berkapasiti 57.6Wh manakala butang kuasanya (power button) pula turut berfungsi sebagai pengimbas cap jari.

Daripada segi port pula, ia mempunyai satu penghubung USB Type-C yang menyokong pemindahan data serta pengecasan, penghubung Type-A USB 3.0 dan 2.0, penghubung HDMI dan bicu audio 3.5mm. Komputer ini juga mempunyai empat pembesar suara di mana dua berada di sebelah kanan atas papan kekunci manakala dua lagi berada di bawah komputer.

Adakah anda berminat untuk memiliki komputer riba oleh HONOR ini apabila maklumat lanjut tentang penjualannya diumumkan nanti? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Diterjemahkan daripada TechNave English

Exit mobile version