Site icon TechNave BM

HONOR MagicBook V 14 dilancar: Komputer riba pertama dengan Windows 11 bermula ~RM4,010

Dalam sebuah acara pelancaran di China baru-baru ini, HONOR telah memperkenalkan siri komputer riba baharu HONOR MagicBook V 14 yang merupakan komputer pertama dalam dunia yang akan dipasarkan bersama sistem operasi Windows 11 di dalamnya. Selain itu, ia juga merupakan komputer HONOR pertama yang mempunyai pengiktirafan Intel Evo.

Komputer ini dilengkapi skrin LTPS LCD berukuran 14.2 inci dengan nisbah aspek 3:2, resolusi 2.5K, kadar segar semula 90Hz, keterangan 400 nits serta gamut warna sRGB 100% yang boleh paparkan sehingga 1.07 bilion warna.

Bagi meningkatkan mutu panggilan video, komputer ini dilengkapi dwi-kamera 5MP yang mempunyai cip pemproses signal imej (ISP) serta empat mikrofon yang boleh merakam audio sejauh lima meter.

Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Intel Core i5-1132H atau Core i7-11390H, unit pemproses grafik NVIDIA MX450, RAM sehingga 16GB dan storan NVMe sehingga 512GB. Butang kuasanya pula turut berfungsi sebagai pengimbas cap jari yang boleh membuka komputer sepantas 0.7 saat.

Berikut adalah varian harga untuk MagicBook V 14:

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer yang siap dipasang Windows 11 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version