HONOR Malaysia bakal melancarkan dua peranti andalan terbaharu iaitu HONOR MagicPad 3 dan HONOR MagicBook Art 14 2025 pada 20 Ogos ini. HONOR MagicPad 3 hadir sebagai tablet andalan premium dengan Paparan Keselesaan Mata bersaiz 13.3 inci, resolusi 3.2K dan kadar segar semula 165Hz.
Ia dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3 dan menerima pensijilan IMAX Enhanced serta dilengkapi lapan pembesar suara di sekeliling. Tablet ini turut disertakan papan kekunci, pad sentuh Bluetooth pintar dan pensel pintar menjadikannya sesuai untuk tugas kerja, suntingan kreatif serta gaming.
Sementara itu, HONOR MagicBook Art 14 2025 pula ialah komputer riba dengan rekaan elegan yang mengekalkan kamera magnetik ikonik untuk perlindungan privasi. Model baharu ini menggunakan pemproses dipertingkatkan dan tampil dengan warna baharu diinspirasikan oleh ‘Color of the Year 2025’ yang membuatkannya tampak moden dan bergaya.
Nantikan kemunculan rasmi kedua-dua peranti ini dalam pasaran Malaysia pada 20 Ogos 2025 melalui laman rasmi HONOR Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

