Site icon TechNave BM

HONOR MagicWatch 2 Edisi Sakura Gold dengan ciri teknologi untuk wanita dilancarkan di Malaysia 7 April ini

Berikutan pelancaran beberapa produk HONOR pada 7 April ini, HONOR MagicWatch 2 Edisi Sakura Gold adalah tidak terkecuali. Jika anda masih tidak tahu, pelancaran ini akan berlaku melalui siaran langsung secara dalam talian.

HONOR MagicWatch 2 Edisi sakura Gold ini berukuran 42mm, bersesuaian dengan si pemakai yang memiliki pergelangan tangan kecil. Ia bakal dihadir dengan paparan boleh sentuh AMOLED beresolusi 390 x 390 piksel yang menyokong pelbagai latar belakang paparan. Ia hadir dengan cipset Kirin A1 dengan ketahan bateri sehingga 7 hari.

Berkenaan ciri teknologinya yang lain, ia dilengkapi GPS, sistem pengesanan GLONASS, 15 jenis mod kesihatan, 13 kursus larian yang berbeza dan pembimbing VoiceOver. Agak tidak lengkap jika jam tangan pintar tidak mempunyai monitor degup jantung, tidur dan stress. Jam tangan pintar ini memiliki semuanya termasuklah storan yang boleh menyokong penyimpanan lagu sebanyak 500 lagu. Anda juga perlu tahu bahawa jam tangan pintar ini memiliki fungsi teknologi khusus untuk wanita seperti dalam gambar di atas!

Jangan lupa untuk menyaksikan pelancarannya! Adakah anda berminat dengan HONOR MagicWatch 2 Edisi Sakura Gold? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version