Site icon TechNave BM

HONOR Malaysia akan anjurkan acara pelancaran pada 29 Mac 2022

HONOR Malaysia telah mengesahkan bahawa mereka akan menganjurkan acara pelancaran Ready To Go Beyond pada hari Selasa, 29 Mac 2022 jam 8:30 malam.

Mereka tidak menyatakan jenis produk yang akan dilancar namun mereka mengesahkan bahawa peranti tersebut bakal dilengkapi skrin dengan kadar segar semula 120Hz serta pengecasan pantas 66W.

Selain itu, mereka juga dijangka akan melancarkan telefon pintar andalan seterusnya, HONOR Magic4 Pro, dalam acara tersebut. Ia adalah telefon andalan HONOR pertama untuk tahun ini, di mana ia dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 1, dua kamera 50MP, pengecasan HONOR SuperCharge 100W dan skrin LTPO OLED berukuran 6.81 inci dengan kadar 120Hz.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti HONOR seterusnya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version