Site icon TechNave BM

HONOR Malaysia anjurkan promosi komputer riba MagicBook Festival pada 10 Oktober 2021

Seperti biasa pada setiap bulan, pelbagai jenama teknologi akan menganjurkan promosi khas pada haribulan yang sama dengan bulan yang sedang berlangsung dan pada kali ini adalah Jualan 10.10 pada 10 Oktober. Pada hari tersebut, HONOR Malaysia akan menganjurkan promosi HONOR MagicBook Festival di mana pelbagai komputer riba HONOR akan dijual pada harga diskaun.

Model komputer riba HONOR yang terlibat dalam promosi ini adalah HONOR MagicBook 15 AMD, MagicBook 14 AMD, MagicBook 15, MagicBook X 15 (versi Intel i3 dan i5) dan MagicBook Pro. Selain itu, pelanggan juga boleh menerima pelbagai hadiah percuma seperti beg dan tetikus wayarles dengan nilai sehingga RM228.

Di samping itu, HONOR Malaysia juga akan melancarkan HONOR MagicBook 15 AMD pada 10 Oktober 2021. Semua promosi komputer ini boleh diakses dalam laman web HONOR Malaysia, Shopee, Lazada atau Senheng serta kedai-kedai HONOR Experience Store.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membeli komputer HONOR dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version