Site icon TechNave BM

HONOR Malaysia anjurkan promosi sempena 12.12, diskaun sehingga 90% dan harga bermula RM12.12

Bermula 10 hingga 13 Disember, HONOR Malaysia akan mengadakan promosi untuk pelbagai telefon pintarnya seperti HONOR 9X, HONOR 8S dan banyak lagi. Di samping itu, peranti lain seperti komputer riba, gelang tangan pintar serta fon telinga wayarles juga akan dijual pada harga promosi.

Antara yang paling menarik tentunya adalah gelang tangan HONOR Band 5i dan penimbang berat HONOR Scale 2 yang masing-masing berharga RM12.12 sahaja. Komputer riba MagicBook 14 (16GB+512GB), jam tangan HONOR Watch Magic, fon telinga HONOR Magic Earbuds dan pakej MagicWatch 2 + Scale 2 pula akan mendapat diskaun RM200.

Berikut adalah senarai produk HONOR dengan diskaun pada 10 hingga 13 Disember ini, bergantung kepada lokasi pembelian:

Lembah Klang (10-13 Disember):

ProdukHarga asalHarga diskaunHadiah percuma
HONOR 9XRM849RM799HONOR Scale 2 atau HONOR Band 5i
HONOR 9X LiteRM699RM649HONOR Scale 2
HONOR 8SRM429RM399Payung HONOR
HONOR MagicBook ProRM3,599TiadaHONOR Backpack, HONOR Bluetooth Mouse, Microsoft 365 Personal (1 tahun)
HONOR Watch GS ProRM999TiadaHONOR AM61 Bluetooth Earphones

Utara (12 Disember sahaja)

ModelHarga asalHarga diskaunHadiah percuma
HONOR 9XRM849RM749HONOR Scale 2
HONOR 9X LiteRM699RM649HONOR Giftbox
HONOR 9ARM549RM499HONOR Scale 2
HONOR 8S PrimeRM429RM409Beg kalis air

Layari laman web HONOR Malaysia untuk maklumat lanjut tentang produk yang dijual dalam promosi ini. Beritahu kami di Facebook produk HONOR yang manakah anda akan beli sewaktu promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version