Site icon TechNave BM

HONOR Malaysia ingin jemput anda cuba HONOR Magic5 Pro sebelum pelancarannya

HONOR bakal melancarkan telefon pintar andalan pertama untuk tahun 2023, HONOR Magic5 Pro, tidak lama lagi dalam acara Mobile World Congress (MWC) yang akan diadakan di Barcelona, Sepanyol. Jika anda berminat dengan telefon ini, HONOR Malaysia ingin memberi peluang awal kepada anda untuk mencubanya.

Dalam kempen HONOR Share Your Experience & Win ini, beberapa peminat HONOR yang bertuah bukan sahaja dapat menggunakan Magic5 Pro dengan lebih awal sebelum pelancarannya di Malaysia, malah mempelajari proses pembuatannya serta mengalami sistem antara muka MagicOS 7.0.

Pendaftaran akan dibuka bermula hari ini sehingga 23 Februari 2023, manakala pendaftar yang terpilih akan menggunakan telefon tersebut pada 28 Februari hingga 24 April 2023. Ia terbuka untuk mana-mana peminat telefon pintar yang mahir dengan fotografi dalam telefon dan perkongsian gambar dalam media sosial.

Para pengguna awal ini perlu melengkapkan tugasan mingguan di mana mereka perlu menguji telefon tersebut dan berkongsi pengalaman mereka di media sosial. Selepas tempoh penggunaan awal ini, 30 orang pengguna dengan markah tertinggi akan menerima HONOR Magic5 Pro secara percuma dan berpeluang untuk menjadi jurucakap untuk kempen ini.

Layari laman web ini untuk mendaftarkan diri anda dengan HONOR Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menyertai kempen ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version