Site icon TechNave BM

HONOR Malaysia lancarkan MagicBook 15: Komputer riba Intel 11th Gen dengan Iris Xe bermula RM3,699

HONOR Malaysia telah melancarkan komputer riba terbaru iaitu HONOR MagicBook 15 yang menampilkan rekaan nipis (16.9mm) dan ringan (1.56kg) untuk kegunaan mudah alih. Ia dilengkapi pemproses 11th Gen Intel Core terbaru dan dijual pada harga RM3,699.

Komputer ini dilengkapi skrin 15.6 inci dengan resolusi 1920 x 1080 dan gamut warna sRGB 100% untuk penghasilan warna yang terang. Ia turut mempunyai pengiktirafan TÜV Rheinland Low Blue Light dan TÜV Rheinland Flicker-free Certification untuk tontonan yang selesa pada mata pengguna.

Daripada segi spesifikasi dalaman, ia dilengkapi RAM 16GB DDR4, SSD PCIe NVMe 512GB dan kad grafik Iris Xe. Baterinya menyokong pengecasan pantas 65W melalui port USB-C yang boleh cas sebanyak 46% dalam masa 30 minit.

Pra-tempahan akan dibuka di Lazada sehingga 12 Mei 2021 dan pelanggan akan menerima hadiah percuma seperti HONOR Laptop Backpack, HONOR Gift Box dan tetikus Bluetooth wayarles. 40 pelanggan pertama juga akan mendapat penimbang berat HONOR Body Fat Scale, HONOR Travelling Set atau pengecas HONOR Travel Charger.

HONOR MagicBook 15 akan mula dijual pada 13 Mei 2021 di HONOR Experience Store seluruh negara. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki komputer ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version