Site icon TechNave BM

HONOR Malaysia mulakan tahun baru dengan jualan Special Bundles

Sempena membuka tirai tahun 2020, HONOR Malaysia membawa kembali tawaran yang hebat sebagai tanda penghargaan kepada peminat mereka untuk tahun 2019. Bermula hari ini sehingga 9 Januari 2020, pelanggan yang ingin mendapatkan tawaran yang hebat untuk telefon pintar, aksesori, jam tangan pintar dan sebagainya boleh semak di laman rasmi hihonor.com/my.

Selain tawaran dari Jualan Akhir Tahun HONOR, syarikat itu juga menawarkan HONOR Special Bundles antaranya HONOR Watch Magic dan HONOR Band 5 Sport dengan hanya RM 429. Semak tawaran secara terperinci di bawah:

Tawaran HONOR :

ModelHarga Runcit Harga Jualan
HONOR Watch Magic (Black)RM 499RM 399
HONOR Band 5 RM 129RM 111
HONOR 10,000mAh Powerbank RM 149RM 59
HONOR 10 (FREE HONOR Smart Scale or HONOR Band 5 Sport)RM 1,399RM 749

Tawaran HONOR Special Bundles :

ModelHarga RuncitHarga Jualan
HONOR 20 dan HONOR 10,000mAh Powerbank RM 1,548RM 1,199
HONOR Band 5 dan HONOR 10,000mAh Powerbank RM 278RM 149
HONOR Watch Magic dan HONOR Band 5 Sport RM 578RM 429

Dapatkan barangan dari HONOR dengan harga yang sangat berpatutan! Beritahu kami di laman Facebook dan terus bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita terkini dalam dunia teknologi.

Exit mobile version