Site icon TechNave BM

HONOR mungkin akan berpisah daripada HUAWEI pada 20 November

Sebelum ini terdapat pelbagai laporan media yang mengatakan HONOR akan dipisahkan daripada syarikat penaungnya HUAWEI dan mungkin akan dijual kepada syarikat luar. Kini, media China melaporkan bahawa urus niaga tersebut telah pun dijalankan dan kini sedang berada dalam fasa terakhir.

Sebuah pengumuman rasmi daripada HONOR dan HUAWEI dijangka akan dibuat pada 20 November ini. HONOR dikatakan akan dimiliki oleh gabungan syarikat telefon besar China seperti Putian, Tianyin, China Post, Aishide dan syarikat pelaburan dengan latar belakang Shenzen SASAC (State-owned Assets Supervision and Administration Commission of the State Council) .

Harga urus niaga ini masih belum dikenal pasti namun ia mungkin berada dalam jurang CNY15-25 bilion (RM9.3-15.5 bilion). Dengan perkembangan ini, HONOR mungkin boleh berurus niaga dengan syarikat-syarikat Amerika Syarikat kerana mereka tidak lagi berada di bawah naungan HUAWEI, justeru membuatkan larangan dagangan terhadap HUAWEI tidak dikenakan kepada HONOR.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechRadar

Exit mobile version