Site icon TechNave BM

HONOR mungkin lancarkan telefon telefon pertama dengan Snapdragon 888 Pro pada bulan Mei

Sebelum ini, terdapat laporan mengatakan beberapa syarikat telefon pintar China sedang menguji cipset andalan Snapdragon 888 Pro dalam telefon yang akan dilancar pada masa hadapan. Kini terdapat laporan mengatakan HONOR bakal menjadi jenama pertama yang akan melancarkan telefon dengan cipset tersebut.

Cipset itu bakal dilengkapi dalam sebuah telefon andalan yang akan dilancar pada bulan Mei. Sebelum ini, terdapat laporan mengatakan nombor model untuk cipset Snapdragon 880 Pro adalah QRD8350 PRO dan HONOR adalah salah satu jenama telefon dari China yang sedang menguji cipset itu.

Buat masa ini, HONOR belum lagi melancarkan telefon andalan dengan cipset Snapdragon. Berita terbaru hanyalah menyatakan HONOR 50 Pro akan dilengkapi cipset Snapdragon 888 standard dan skrin 120Hz. CEO HONOR Zhao Ming juga mengatakan bahawa rekaan telefon pintar HONOR bakal mengatasi mutu yang terdapat dalam siri HUAWEI Mate dan HUAWEI P.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MyDrivers

Exit mobile version