Buat para pemain game popular Honor of Kings (HOK), anda boleh dapatkan kandungan khas di dalamnya sempena sambutan Hari Merdeka yang akan tiba tidak lama lagi. HOK juga berkolaborasi dengan artis tempatan Mimifly untuk menghasilkan lagi baharu bertemakan budaya Asia Tenggara.
Bermula 28 Ogos hingga 9 September 2025, HOK akan memperkenalkan skin baharu iaitu Puteri Gunung Ledang yang merupakan interpretasi terkini untuk watak dongeng ini. Ia mempunyai fabrik songket 3D-render dan motif visual asli yang diinspirasikan daripada mitologi tempatan. Skin khas ini boleh ditebus secara percuma sepanjang tempoh tersebut.
Selain itu, HOK menawarkan alih suara dalam dialek tempatan, gelaran terhad masa can pelekat eksklusif.
HOK turut bekerjasama dengan Mimifly untuk melancarkan single terbaru, “Nara”, bawah naungan Sony Music Entertainment Malaysia. Lagu ini menggabungkan unsur pop dan hip-hop sambil menyertakan sentuhan muzik Nusantara yang ikonik dengan identiti Mimifly, serta diinspirasikan daripada legenda Puteri Gunung Ledang.
Anda juga boleh menyertai tarian #NARAofHOK, di mana anda dijemput meniru gerakan ikonik Mimifly daripada video muzik Nara dan muat naik ke media sosial dengan hashtag #NARAofHOK #BangkitHOK #HOKBOLEH dan #HonorOfKings.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kolaborasi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

