Site icon TechNave BM

HONOR Pad 10 5G dilancar di Malaysia: Skrin 12.1″, bateri 10,100mAh, SD 7 Gen 3 bermula RM1,799

HONOR Malaysia hari ini memperkenalkan tablet HONOR Pad 10 5G yang merupakan varian baharu daripada HONOR Pad 10 yang dilancar pada Mei lalu. Seperti yang tertera pada namanya, varian baharu ini menyokong hubungan selular 5G supaya ia boleh kekal berhubung di mana-mana sahaja untuk memudahkan tugas anda.

Selain daripada sokongan 5G, tablet ini tidak mempunyai banyak perbezaan dengan HONOR Pad 10 asal. Ia mempunyai skrin berukuran 12.1 inci dengan resolusi 2.5K untuk kualiti imej yang tajam dan kadar segar semula 120Hz untuk animasi yang lancar sewaktu menatal.

Selain itu, ia mempunyai bateri besar berkapasiti 10,100mAh yang boleh bertahan lama. Bateri ini menyokong kadar pengecasan pantas 35W dan pengecasnya turut disertakan dalam kotak.

Ia boleh digabungkan dengan papan kekunci Smart Bluetooth Keyboard untuk penggunaan mirip komputer riba, serta stilus HONOR Pencil untuk catitan nota dan lakaran yang lebih mudah. Dua aksesori ini akan disertakan bersama setiap pembelian HONOR Pad 10 5G.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk HONOR Pad 10 5G:

Anda boleh layari laman web HONOR Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai tablet ini. Setiap pembeli akan menerima hadiah percuma bernilai RM1,097 termasuklah papan kekunci Smart Bluetooth Keyboard, HONOR Pencil dan fon telinga wayarles telinga HONOR CHOICE Active Noise Canceling Headphone.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version