Site icon TechNave BM

HONOR Pad 9 dilancar di Malaysia: SD 6 Gen 1, RAM 24GB & bateri 8,300mAh berharga RM1,499

HONOR Pad 9 adalah tablet yang menawarkan keseimbangan sempurna antara bekerja dan bermain. Dilengkapi dengan paparan keselesaan mata 12.1 inci 2.5K dan kadar segar semula 120Hz, tablet ini memberikan pengalaman visual yang luar biasa dengan sistem audio pembesar suara lapan keliling yang memadukan teknologi penalaan bunyi HONOR Histen dan cipset Qualcomm Snapdragon 6 Gen 1.

Reka bentuknya yang menarik menambah nilai estetika dan keselesaan pengguna. Dengan RAM Turbo 8GB yang dapat ditingkatkan hingga 16GB dan memori 256GB, HONOR Pad 9 menawarkan ruang penyimpanan yang lebih banyak untuk koleksi multimedia serta menjalankan berbagai tugas dengan lancar dan efisien.

Tablet ini tersedia dalam dua versi iaitu Wi-Fi dan 5G di mana versi 5G sebagai pilihan baru yang tidak tersedia sebelum ini. Peningkatan ini memberikan pengguna untuk berhubung dan memindahkan fail dengan lebih cepat serta melakukan penstriman dengan lebih lancar.

Ditenagai oleh Qualcomm Snapdragon 6 Gen 1 dan bateri berkapasiti 8,300mAh, HONOR Pad 9 menawarkan daya tahan bateri yang lama sepanjang hari. Tablet ini tersedia dalam dua warna menarik, Space Grey dan Cyan Lake dengan versi Wi-Fi tersedia untuk pembelian mulai 28 Mac dengan harga RM1,499.

Pembeli akan mendapatkan hadiah percuma bernilai RM698 termasuk papan kekunci pintar HONOR Pad 9 Smart Bluetooth Keyboard dan HONOR CHOICE Pencil. Sementara itu, versi 5G akan tersedia di pasaran pada 19 April.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version