Site icon TechNave BM

HONOR Pad V7 dilancar: Miliki cipset Kompanio 900T, bateri 7250mAh bermula ~RM1,293

Pada bulan lepas, HONOR Pad V7 Pro dan HONOR Tab V7 Pro telah dilancarkan dan ia dilengkapi dengan pemproses MediaTek Komanio 1300T. Berikut adalah beberapa maklumat reka bentuk, spesifikasi dan harga HONOR Pad V7.

Reka bentuknya lebih bulat di bahagian bucu, mempunyai satu kamera di bahagian belakang dan berbentuk pil disamping lampu LED. Peranti ini akan hadir dalam tiga warna iaitu Dawn Blue, Amber Gold dan Titanium Silver.

HONOR Pad V7 dilengkapi dengan:

  • LCD 10.4 inci : resolusi 2K (2000×1200) dan penyegaran 90Hz
  • HDR10
  • Perlindungan cahaya biru
  • Pembesar suara quad dan DTS:X Ultra.
  • Cipset Kompanio 900T
  • RAM 6GB/ 8GB
  • Storan 128GB (Boleh menambahkan ruang storan dengan kad MicroSD)
  • Kamera hadapan:  8MP f/ 2.2
  • Kamera belakang: sensor 13MP f/ 1.8
  • Menggunakan Magic UI 5.0 diatas Android 11
  • WiFi 6 dan Bluetooth 5.5
  • Bateri  7250mAh yang menyokong pengecasan pantas 22.5W

Anda boleh merakam video dan menyunting di skrin tablet. HONOR mendakwa lebih daripada 4000 aplikasi telah dioptimumkan untuk memanfaatkan tab pelayar di mana anda boleh melakukan dua kerja dalam satu masa.

Tab ini memudahkan para pelukis atau mereka yang ingin menandatangani dokumen menggunakan Magic-Pencil 2. Namun, hanya beberapa telefon HONOR yang dapat menggunakan Magic UI 3.1+ dan komputer HONOR terpilih. Terdapat versi 5G iaitu Link Turbo X yang menyokong penyambungan Wi-Fi dengan kelajuan sehingga 2.7Gbps.

HONOR Pad V7 berharga sekitar:

Namun, HONOR Pad V7 ini masih tiada tiada maklumat tentang kehadirannya ke dalam pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Tab ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version