Site icon TechNave BM

HONOR Pad X8 dilancar di Malaysia: Tablet 10.1 inci dengan sokongan 4G LTE bermula RM899

Pada hari ini, HONOR Malaysia telah melancarkan sebuah tablet kelas pertengahan iaitu HONOR Pad X8. Tablet ini mempunyai skrin berukuran 10.1 inci dengan resolusi Full HD+ (1920×1200) dan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 80%. Ini bermaksud sempadan bezel masih tebal, namun memadai untuk kegunaan harian.

Skrin ini turut mempunyai pengiktirafan TÜV Rheinland di mana ia menghasilkan cahaya biru yang lebih rendah untuk menjaga mata pengguna. Terdapat juga mod e-buku yang boleh melaraskan kontras, kecerahan dan suhu warna dengan automatik untuk menghasilkan paparan mirip kertas.

Tablet ini mempunyai dua pembesar suara di bahagian sisi untuk menghasilkan bunyi yang lantang dengan saluran 2.2. Untuk hubungan, ia menyokong Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, Bluetooth 5.1 dan 4G LTE.

Tablet ini mempunyai sistem operasi Magic UI 6.1 berdasarkan Android 12. Seperti kebanyakan tablet lain, ia boleh memaparkan sehigga empat aplikasi serentak untuk kegunaan multi-tugas.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk HONOR Pad X8:

HONOR Pad X8 akan mula dijual di Malaysia pada 11 November 2022. Pembeli awal akan menerima sarung HONOR Pad X8 Flip Case (bernilai RM99) secara percuma, selagi stok masih ada.

Layari laman web HONOR Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Pad X8. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version