Site icon TechNave BM

HONOR Pad X9 akan dilancar di Malaysia pada 20 Julai 2023

Pada minggu lalu, HONOR Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan HONOR X90 Series pada 20 Julai 2023. Kini syarikat itu mengesahkan bahawa sebuah lagi produk akan dilancar pada hari yang sama iaitu HONOR Pad X9.

HONOR Malaysia telah berkongsi rekaan belakang untuk tablet tersebut namun spesifikasinya masih belum diketahui. Sebelum ini, ia telah pun dilancar untuk pasaran antarabangsa dan ia menampilkan skrin LCD berukuran 11.5 inci dengan kadar segar semula 120Hz, cipset Snapdragon 685 dan bateri 7,250mAh. Tablet ini juga boleh dihubungkan dengan rangkaian LTE untuk penggunaan internet di mana-mana sahaja.

Tablet ini akan dilancarkan bersama siri HONOR 90 pada hari Khamis, 20 Julai 2023 jam 8:00 malam. Untuk maklumat awal mengenai semua peranti HONOR ini, anda boleh layari laman web HONOR Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HONOR Pad X9 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version