Site icon TechNave BM

HONOR Pad X9 dilancar di Malaysia: SD 685, skrin TFT LCD 11.5″ dan bateri 7,250mAh pada RM1,099

Selain siri HONOR 90, HONOR Malaysia turut melancarkan HONOR Pad X9 iaitu satu peranti yang boleh memudahkan pekerjaan dan tugas harian anda. Mari kita bincangkan spesifikasi yang ditawarkan oleh Pad X9 ini.

HONOR Pad X9 menggunakan paparan HONOR FullView 11.5 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz, resolusi 2000 x 1200 piksel dan 1.07 bilion warna. Untuk bahagian prestasi, ia menggunakan cipset Snapdragon 685 6nm membawa RAM 4+3GB dan ROM 128GB. Dengan ini, ia boleh membuka beberapa tab dalam satu paparan.

Di bahagian skrinnya menempatkan kamera swafoto 5MP manakala kamera belakangnya turut membawa sensor 5MP. Saiz baterinya agak asas iaitu 7,250mAh dengan pengecasan 22.5W dan sistem operasi yang digunakan adalah MagicOS7.1 berdasarkan Android 13. Terdapat enam pembesar suara di posisi yang anda boleh lihat pada imej di atas serta satu mikrofon untuk panggilan suara dan video.

Pad X9 membawa ketebalan 6.9mm dan berat 499g untuk mudah dibawa ke mana-mana sahaja serta menyokong sambungan Wi-Fi dan Bluetooth. Anda boleh dapatkan HONOR Pad X9 ini di laman web rasmi HONOR pada RM1,099.

Spesifikasi lain termasuk sambingan Wi-Fi, Bluetooth, port USB-C dan slot nano-SIM tunggal. Adakah HONOR Pad X9 menjadi salah satu pilihan anda? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version