Site icon TechNave BM

HONOR Play 20 dilancar : Cipset Unisoc, bateri 5,000mAh, harga bermula ~RM569

Sebelum ini, terdapat sumber yang menyatakan HONOR bakal melancarkan peranti terbaru dari siri Play mereka. Kini, mereka telah melancarkan HONOR Play 20 secara senyap dan ianya hadir dengan beberapa spesifikasi yang menarik.

HONOR Play 20 dilengkapi cipset Unisoc T610. Cipset ini dibina atas proses 12nm dan hadir dengan CPU lapan teras (2 teras Cortex-A75 dan 6 teras Cortex-A55). Cipset ini digabungkan dengan pilihan RAM setinggi 8GB dan storan 128GB.

Pada bahagian hadapan, HONOR Play 20 hadir dengan skrin 6.51 inci LCD HD+ bersama takuk titisan air yang menempatkan kamera swafoto 5MP. Pada bahagian belakang pula, ia dilengkapi kamera utama 13MP dan sensor kedalaman 2MP.

Yang sedikit pelik, peranti ini tidak hadir dengan sebarang sensor cap jari. Apa yang peranti ini ada adalah bateri sebesar 5,000mAh yang menyokong pengecasan 10W melalui port USB-C.

HONOR Play 20 juga hadir dengan bicu audio 3.5mm dan perisian Magic UI 4.0 atas Android 10.

Peranti ini dijual pada tanda harga bermula 899 Yuan (~RM569) dengan empat pilihan warna iaitu hitam, putih, biru dan perak.

Adakah anda berminat dengan peranti ini sekiranya ia masuk ke pasaran Malaysia? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version