Site icon TechNave BM

HONOR Play 20 Pro dilancar: Skrin OLED 6.53″, cipset Helio G80, 4 kamera berharga ~RM1,100

HONOR telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan HONOR Play 20 Pro untuk pasaran China, iaitu varian terbaru dalam siri HONOR Play 20 yang diperkenalkan pada April lalu. Setakat ini, Play 20 Pro hanya akan ditawarkan untuk pasaran China sahaja dengan harga CNY1,699 (~RM1,100).

HONOR Play 20 Pro dilengkapi skrin OLED Full HD+ berukuran 6.53 inci dengan sokongan gamut warna DCI-P3, manakala sebuah kamera swafoto 16MP pula berada di bahagian atas skrin dalam takuk (notch) kecil. Sebuah pengimbas cap jari dalam skrin juga dilengkapkan di bahagian bawah.

Untuk spesifikasi dalaman, ia terdiri daripada cipset MediaTek Helio G80, RAM 8GB, storan dalaman 128GB dan bateri 3,800mAh yang menyokong pengecasan pantas 22.5W. HONOR mengatakan pengecasan penuh akan mengambil masa 65 minit sahaja.

Di belakang, modul kameranya mempunyai bentuk segi empat sama dan terdiri daripada kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version