HONOR Play 4 dan HONOR Play 4 Pro akan dilancarkan di China pada petang ini, namun beberapa poster dan sebuah video promosi pendek untuk telefon pintar tersebut sudah pun dikeluarkan pada hari semalam.
Poster tersebut mengesahkan Play 4 Pro akan dilengkapi cipset flagship Kirin 990 manakala Play 4 biasa pula dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 800. Sebelum ini, maklumat tentang cipset tersebut hanyalah khabar angin sahaja namun kini HONOR sudah pun mengesahkannya.
Selain itu, terdapat juga poster yang menunjukkan kehadiran pembaca suhu dalam siri telefon tersebut. Walau bagaimanapun, butiran tentang pengecasan pantasnya tidak diberikan secara terperinci.
Video teaser pendek pula menunjukkan tetapan empat kamera di bahagian belakang Play 4 Pro yang dilengkapi 64MP Matrix Camera. Ia tidak menunjukkan Play 4 Pro namun varian yang lebih canggih itu dijangkakan akan mempunyai dua kamera sahaja yang terdiri daripada sensor Sony IMX600y 40MP.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri HONOR Play 4 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: GSMArena

