Site icon TechNave BM

HONOR Play 7T dan 7T Pro diumum, miliki Dimensity 6020 dan kamera 50MP bermula ~RM702

HONOR telah mengumumkan sepasang telefon kelas pertengahan baharu di China awal hari ini iaitu HONOR Play 7T dan Play 7T Pro. Ia dilengkapi dengan cipset MediaTek Dimensity 6020 dan membawakan LCD 90Hz, kamera utama 50MP serta Magic UI 6.1 berdasarkan Android 12.

HONOR Play 7T mempunyai skrin LCD IPS 6.74 inci dengan resolusi HD+ dan takuk titisan air untuk kamera swafoto 5MP. Versi Pro hadir dengan skrin LCD LTPS 6.7 inci beresolusi FHD+ dan takuk lubang tebuk untuk kamera swafoto 8MP. Bahagian belakang kedua-dua telefon mempunyai kamera utama 50MP dan kamera kedalaman 2MP.

HONOR Play 7T membawakan bateri 6,000 mAh dengan pengecasan pantas 22.5W manakala 7T Pro mempunyai kapasiti bateri 4,000 mAh yang lebih kecil tetapi dengan pengecasan pantas 40W. Kedua-dua telefon juga menggunakan pengimbas cap jari dan bicu audio yang dipasang di sisi.

HONOR Play 7T didatangkan dalam warna perak titanium, biru dan hitam. Harga bermula pada CNY 1,099 (~RM702) untuk model 8/128GB manakala model 8/256GB berharga CNY 1,299 (~RM830). HONOR Play 7T Pro tersedia dalam warna perak, hijau dan hitam. Model asas 8/128 GB berharga CNY 1,499 (~RM960) manakala versi 8/256 GB ialah CNY 1,699 (~RM1,086).

Adakah anda berminat dengan salah satu telefon ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: HONOR 1|2

Exit mobile version