Site icon TechNave BM

HONOR Play 9A mungkin akan dilancarkan di China kelak, dilengkapi cipset Helio P35 dan bateri 5,000mAh

Selepas pengumuman View 30 Pro, 9X Pro dan MagicBook pada minggu lepas, HONOR nampaknya akan melancarkan sebuah peranti kelas permulaan bagi siri HONOR Play pula. Menurut sebuah maklumat yang telah dibocorkan di internet, peranti tersebut mungkin adalah HONOR Play 9A.

Menurut PriceBaba, HONOR Play 9A akan datang dengan cipset MediaTek Helio P35, RAM 4GB dan storan dalaman 64GB atau 128GB. Ia juga dijangkakan akan mempunyai paparan 6.3 inci dan bateri berkapasiti 5,000mAh. Menurut sumber maklumat tersebut, Ishan Agarwal, beliau memuat naik gambar imej bahagian hadapan dan belakang telefon tersebut dan mengatakan telefon itu akan terdapat dalam tiga pilihan warna iaitu hijau, biru dan hitam.

Daripada imej tersebut, nampaknya telefon itu akan mempunyai dwi-kamera di bahagian belakang. Yang menariknya adalah posisi lampu flash LED yang terletak di antara kanta 13MP dan sensor kedalaman 2MP, sesuatu yang jarang ada dalam rekaan telefon lain. Di bahagian hadapan pula, terdapat sebuah notch di bahagian atas yang dihuni oleh kamera selfie 8MP.

Memandangkan ini hanyalah maklumat awal, tiada informasi tentang penjualannya di Malaysia. Memandangkan HONOR Play 8A tidak dipasarkan di Malaysia, adakah anda merasakan Play 9A akan dijual di sini? Kongsi ramalan anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave English

Exit mobile version