Site icon TechNave BM

HONOR Play5 akan dilancar pada 18 Mei, mungkin dilengkapi skrin OLED, Dimensity 800U

HONOR akan melancarkan sebuah siri telefon kelas pertengahan iaitu HONOR Play5 pada hari Selasa, 18 Mei jam 7:30 malam di China. HONOR telah berkongsi sebuah poster untuk pelancaran tersebut di Weibo yang menunjukkan rupa luaran HONOR Play5.

Telefon tersebut mempunyai takuk (notch) di bahagian atas skrin untuk kamera swafoto, manakala di belakang pula ia mempunyai empat kamera. Poster itu juga menunjukkan dua rekaan bonggol kamera yang berlainan dan ini mungkin menunjukkan bahawa siri HONOR Play5 terdiri daripada dua varian utama.

Selain itu, tiada pengimbas cap jari luaran yang kelihatan pada telefon tersebut. Ini mungkin menunjukkan bahawa pengimbas cap jari akan berada dalam skrinnya.

Tiada maklumat lanjut tentang telefon itu telah diberikan oleh HONOR, namun khabar mengatakan ia akan dilengkapi skrin OLED 6.53 inci FHD+, cipset Dimensity 800U, bateri 3,800mAh dan kamera utama 64MP. Dimensinya juga agak nipis, dengan ketebalan 7.46mm dan berat 179 gram sahaja.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HONOR Play5 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version