Site icon TechNave BM

HONOR Play5 dan HONOR Play 5T dilancar: Dimensity 800U, cas pantas 66W, OLED 6.53 inci bermula ~RM770

HONOR telah melancarkan telefon kelas pertengahan terbaru di China iaitu HONOR Play5. Telefon ini dilengkapi spesifikasi yang agak menarik termasuklah cipset Dimensity 800U, pengecasan pantas 66W dan skrin OLED 6.53 inci.

Baterinya mungkin agak kecil jika dibandingkan dengan telefon lain dalam pasaran iaitu sekadar 3,800mAh sahaja, di mana pengecasan 66W boleh mengecas penuh dalam masa 35 minit sahaja. Ia turut dilengkapi sistem operasi Magic UI 4.0 berdasarkan Android 10, namun tidak mempunyai perkhidmatan Google.

Daripada segi kamera, ia terdiri daripada kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP manakala kamera swafoto pula adalah kamera 16MP. Ia boleh didapati dalam dua pilihan memori iaitu 8GB+128GB pada harga CNY2,099 (~RM1,348) dan 8GB+256GB pada harga CNY2,299 (~RM1,477).

Sebuah lagi varian yang lebih rendah turut dilancarkan iaitu HONOR Play 5T. Ia dilengkapi cipset Unisoc Tiger T610, bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 22.5W, skrin 6.5 inci, RAM 8GB, storan 128GB dan dijual pada harga CNY1,199 (~RM770).

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version