Site icon TechNave BM

HONOR Play5 Vitality Edition bakal dilancar: Miliki dwi kamera hadapan, RAM 8GB dan storan 128GB

HONOR bakal memperkenalkan siri HONOR Play5 sebagai HONOR Play5 Vitality Edition (atau Youth Edition/ Lite). Telefon ini dilancarkan pada 25 Oktober hari ini di China. Selang beberapa hari lagi, HONOR X30i dan HONOR X30 Max akan didedahkan namun masih tiada berita mengenai pengeluaran telefon ini di luar China.

Syarikat tersebut telah mengeluarkan poster mengenai reka bentuk HONOR Play5 Vitality Edition pada minggu lepas. Bahagian belakang telefon dilengkapi dengan tri-kamera petak bersama lampu kilat LED. Ia turut mempunyai pengimbas cap jari di sisi dan skrin LCD.

Poster turut mengesahkan HONOR Play5 Vitality Edition akan hadir dengan potongan kamera berbentuk pil. Berkemungkinan terdapat dua kamera di hadapan dalam kombo kamera utama + kamera AI dan bukannya kamera utama + ultra lebar. Skrinnya mempunyai bezel nipis dengan nisbah skrin-ke-badan sekitar 94.4% dan mungkin hadir dengan pengecasan pantas 66W, RAM 8GB RAM dan storan 128GB.

HONOR Play5 Vitality Edition akan dilancarkan dalam beberapa jam lagi. Kami pasti akan mendapat butiran lanjut mengenai Honor X30i dan X30 Max yang bakal dikeluarkan dalam beberapa hari lagi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina 

Exit mobile version