Site icon TechNave BM

HONOR Play5T Pro dilancarkan bersama cipset Helio G80 dan kamera 64MP, bermula ~RM979

Secara senyap-senyap HONOR telah melancarkan produk terbaharu mereka iaitu HONOR Play5T Pro di China. Telefon pintar kelas pertengahan 4G itu menawarkan ciri utama seperti paparan FHD+, pemprosesan khas untuk gaming, kamera 64MP dan sokongan pengecasan pantas 66W.

HONOR Play5T Pro berukuran 160.68 x 73.3 x 8.4mm dan beratnya sekitar 179 gram. Ia memiliki panel skrin IPS LCD 6.6 inci yang menawarkan resolusi FHD+ 1080 x 2400 piksel dan nisbah skrin-ke-badan 94.2 peratus.

Kamera swafoto 16MP diletakkan di bahagian atas tengah skrin hadapan. Bahagian belakang pula mempunyai susunan kamera dalam barisan menegak yang menempatkan kamera utama 64MP dan sensor kedalaman 2MP.

Play5T Pro didatangkan dengan Android 10 dan paparan antaramuka MAGIC UI 4.0 yang menggunakan cipset Helio G80, RAM 8GB serta storan dalaman 128 GB. Ia dibekalkan dengan bateri 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 22.5W. HONOR mengesahkan bahawa hanya 30 minit diperlukan untuk peranti itu mencapai tahap bateri 53 peratus.

Peranti ini menawarkan ciri sambungan seperti sokongan dwi-SIM, 4G VoLTE, Wi-Fi 802.11ac, Bluetooth 5.1, GPS, USB-C dan bicu sambungan audio 3.5mm serta pengimbas cap jari yang dipasang di sisi.

HONOR Play5T Pro yang hadir dalam versi 8GB + 128GB berharga 1.499 Yuan (~RM979). Peranti ini tersedia dalam dua warna iaitu Magic Night Black dan Titanium Silver.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti HONOR di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version