Site icon TechNave BM

HONOR sah berpisah dengan HUAWEI, dijual kepada syarikat di China

Beberapa minggu yang lalu, spekulasi dimana jenama HONOR yang bernaung di bawah HUAWEI Consumer Business Group bakal dijual dan dilepaskan timbul. Terkini, sumber melaporkan bahawa HUAWEI telah bersetuju menjual HONOR kepada syarikat di China bernama Shenzen Zhixin New Information Technology.

Melalui kenyataan bersama yang dikongsikan oleh sumber, segala aset perniagaan yang berkaitan dengan HONOR akan mula diuruskan oleh Shenzhen Zhixin New Information Technology yang dibina bersama oleh Shenzhen Smart City Technology Development Group dan lebih 30 ejen, peniaga jenama HONOR. HUAWEI tidak akan memegang mana-mana bahagian lagi dalam jenama HONOR.

Turut dilapor, HONOR akan kekal menghasilkan telefon kelas pertengahan seperti biasa kerana tujuan tukar hak milik HONOR sememangnya adalah untuk menyelematkan rantaian industri HONOR. Perubahan hak tukar milik ini tidak akan memberi sebarang kesan kepada tujuan asal atau kestabilan jenama HONOR.

Setelah sekian lama HONOR dikenali sebagai saudara kepada jenama HUAWEI, kini telah menjadi jenama tersendiri. Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: XDA Developers

Exit mobile version