Site icon TechNave BM

HONOR Smart Vacuum Cleaner diumumkan dengan sistem pembersihan steril-ultraungu berharga ~RM794

Jika anda sebelum ini sedang memerhati vakum pintar berjenama besar, kini anda boleh menambak vakum pintar HONOR ke dalam senarai pemerhatian anda. HONOR telah mengumumkan Smart Vacuum Cleaner dengan spesifikasi menarik yang turut menarik perhatian kami.

Vakum ini bukan sahaja menjalankan pembersihan dengan menyedut habuk, tetapi turut mensterilkan ruang yang anda bersihkan. Vakum pintar ini dioperasikan motor 350W 100,000rpm dengan sedutan yang kuat dan baterinya mampu bertahan sehingga 65 minit.

Smart Vacuum Cleaner setaraf vakum Dyson V10

Bukan itu sahaja, ia dibekalkan dengan penyedut yang mampu membersihkan pelbagai ruang termasuklah di celahan perabot anda. Seperti yang dinyatakan di atas, vakum pintar ini turut menghapuskan bakteria dengan sistem pembersihan steril-ultraungu. Smart Vacuum Cleaner dari HONOR akan dijual pada harga RMB1299 (~RM794), tetapi kami masih ketiadaan maklumat mengenai pelancarannya di Malaysia.

Apa pun, kami masih ketiadaan maklumat berkenaan keberadaannya di Malaysia. Adakah anda berminat untuk mendapatkannya? Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version