Site icon TechNave BM

HONOR Tab V7 dikesan di senarai serasi stilus Magic Pencil 2, mungkin dilancar tak lama lagi?

Semalam, HONOR telah melancarkan tablet HONOR Tab V7 Pro yang hadir dengan cipset baru Mediatek Kompanio 1300T. Ia dijual dengan harga bermula CNY2,599 (~RM1,699). Jika anda memikirkan mengenai versi bukan Pro untuk tablet ini, kami boleh mengesahkan bahawa ia berkemungkinan besar akan hadir tidak lama lagi.

Ini adalah kerana HONOR Tab V7 telah dikesan di senarai spesifikasi stilus Magic Pencil 2. Stilus ini dilihat serasi dengan beberapa produk HONOR termasuklah HONOR V6, HONOR Tab V7 dan V7 Pro. Jadi, jika anda inginkan tablet baru HONOR yang lebih berpatutan, anda boleh menunggu untuk versi bukan Pro.

Selain cipset Kompanio 1300T, HONOR Tab V7 Pro juga hadir dengan skrin 2K LCD yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Ia juga mempunyai kamera utama 13MP, kamera makro 2MP, bateri 7,250mAh dan pengecasan pantas 22.5W. Untuk perisian, ia beroperasi dengan antara muka Magic UI 5.0 atas Android 11.

Berikan komen anda mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version