Site icon TechNave BM

HONOR Tab V7 Pro sah akan dilengkapi cipset Kompanio 1300T, dilancar 12 Ogos ini

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, HONOR bakal mengadakan acara pelancaran pada 12 Ogos ini dimana mereka akan melancarkan telefon pintar andalan HONOR Magic 3. Kini, HONOR dilihat akan melancarkan sebuah lagi peranti pada acara tersebut.

Terbaru, di media sosial Weibo, HONOR Smart Life telah memuat naik sebuah poster yang mengesahkan bahawa mereka bakal melancarkan HONOR Tab V7 Pro pada 12 Ogos ini. Yang lebih menarik, tablet ini akan dikuasai oleh cipset baru Mediatek Kompanio 1300T.

Untuk spesifikasi dan maklumat lanjut mengenai cipset ini, anda boleh lihat artikel ini.

Sebelum ini, HONOR juga telah mengacah HONOR Tab V7 Pro yang hadir dengan kemasan kulit biru pada panel belakangnya.

Apa pun, nantikan pelancaran HONOR Tab V7 Pro bersama HONOR Magic3 pada 12 Ogos ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version