Site icon TechNave BM

HONOR tawar diskaun hingga 60% sempena Niu Year Sale, peranti serendah RM69

Sempena Tahun Baru Cina, rakyat Malaysia pasti tidak melepaskan peluang menikmati diskaun jualan. Gelombang jualan sudah tiba dengan giliran HONOR pula menawarkan diskaun sehingga 60% untuk peranti-perantinya yang terpilih.

Untuk pengetahuan anda, jualan ini boleh didapati di hihonor bermula pada 26 Januari sehingga 14 Februari 2021. Selain diskaun sehingga 60%, terdapat juga baucar RM150 yang anda boleh gunakan untuk pembelian HONOR MagicBook 14 (16GB+512GB) dan HONOR Watch GS Pro.

Niu Year Sale

Flash Deals (setiap Selasa dan Khamis, 12 tengah hari hingga 2 petang)

Perlu diingatkan bahawa anda boleh mendapatkan baucar RM150 setiap hari dalam tempoh promosi ini. Semak laman hihonor untuk maklumat lanjut dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version