Site icon TechNave BM

HONOR tawarkan diskaun sehingga 50% untuk rakyat Malaysia sempena Ulang Tahun Ke-6

Jika anda tidak menyedarinya, sebenarnya HONOR telah menapak di Malaysia selama enam tahun. Sempena ulang tahun ke-6 HONOR Malaysia, jenama ini bakal mengadakan Jualan Ulang Tahun Ke-6 bermula 12 Jun sehingga 30 Jun 2020. Jadi, inilah masanya untuk anda merebut peranti yang anda ingin beli!

Untuk menikmati jualan ini, anda boleh ke laman web rasmi Hihonor dan HONOR Experience Store di seluruh negara. Lebih menarik, terdapat tawaran hebat pada setiap hari, jam 12PM di laman web rasmi Hihonor.

Selain tawaran di atas, anda juga boleh menyertai pelbagai permainan seperti Spin & Win untuk memenangi hadiah seperti HONOR Band 5 Sport dan lain-lain. Bukan itu sahaja, terdapat dalam talian bernilai sehingga RM606 untuk anda dapatkan apabila mendaftar di laman web Hihonor.

Selain daripada penawaran secara dalam talian, anda juga boleh mendapatkan hadiah di HONOR Experience Stores seperti yang tertera di bawah.

Selamat menikmati jualan promosi kami ucapkan dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version