Site icon TechNave BM

HONOR V40 dapat pengiktirafan 3C, dijangka hadir dengan pengecasan pantas 66W

Siri telefon pintar HONOR V40 sebelum ini dilaporkan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Industri dan Teknologi Informasi China (MIIT). Kini, telefon tersebut mendapat satu lagi pengiktirafan iaitu daripada 3C (Compulsory Certification of China) dan selari dengan laporan sebelum ini, ia mungkin akan dilengkapi pengecasan pantas 66W.

Telefon tersebut mempunyai nombor kod YOK-AN10 dan pengiktirafan 3C menunjukkan ia menyokong pengecasan pantas 66W.

Untuk spesifikasi lain, HONOR V40 mungkin terdiri daripada empat varian utama dengan cipset-cipset berlainan iaitu Dimensity 1000+, Exynos 1080, Snapdragon 888 dan Kirin 9000. Ia juga diramal akan dilengkapi skrin 120Hz dan kamera utama 50MP.

HONOR V40 dijangka akan dilancarkan pada Januari 2021. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version