Site icon TechNave BM

HONOR V40 dilancar! Dimensity 1000+, OLED 120Hz, kamera 50MP, cas 66W bermula ~RM2,245

Setelah HONOR ‘merdeka’ daripada HUAWEI, peranti pertama dari HONOR selepas kemerdekaan tersebut kini dilancar. HONOR V40 dilancar di pasaran China dengan penawaran harga bermula pada 3,599 Yuan ~RM2,245.

HONOR V40 hadir dengan beberapa spesifikasi menarik seperti tetapan tiga kamera 50MP, cipset MediaTek Dimensity 1000+, skrin OLED 120Hz dan sokongan pengecasan pantas berwayar 66W. Anda boleh menyemak spesifikasi asasnya seperti di bawah.

Untuk pengetahuan anda, HONOR V40 hanya seringan 186g dengan ketebalan 8.04mm. Peranti ini memiliki skrin rekaan skrin OLED melengkung dengan 1 bilion warna, sokongan DCI-P3 100% gamut warna dan diperakui perlindungan mata TUV Rheinland versi 2.0 (versi terkini). Terdapat juga ciri pengoptimuman gaming seperti Link Turbo, GPU Turbo X dan Huster Boost.

Bateri 4000mAh mampu dicas penuh oleh pengecas 66W berwayar hanya dalam 15 minit. Dari segi fotografi dan rakaman, ia menyokong mod profesional, mod Portrait dan rakaman 4K.

Setakat ini, HONOR V40 hanya dijual di pasaran China sahaja dengan harga 3599 Yuan (~RM2,245) untuk varian 8GB+128GB dan 3999 (~RM2,494)Yuan untuk varian 8GB+256GB.

Adakah anda berminat dengan peranti ini jika ia hadir di Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version