Site icon TechNave BM

HONOR V40 lepas pensijilan MIIT, mungkin hadir dengan cas pantas 66W

Sebelum ini, siri HONOR V40 dikhabarkan akan memasuki pasaran pada bulan Disember ini. Namun, siri ini bertukar menjadi sebuah peranti sahaja (HONOR V40) selepas tidak berjaya untuk mendapatkan cipset Kirin 9000. Kini, peranti ini dijangka akan dilancarkan pada bulan Januari ini dan sumber terbaru menunjukkan ia telah melepasi pensijilan MIIT.

Berdasarkan sumber tersebut, peranti dengan nombor model YOK-AN10 telah muncul di laman web pensijilan MIIT China. Penyenaraian di MIIT itu menunjukkan pemohon Glory Terminal Co Ltd yang merujuk kepada HONOR. Tambahan lagi, ia menyatakan peranti itu adalah peranti yang menyokong 5G.

Sumber juga menyatakan bahawa peranti ini akan dilengkapi dengan pengecas 66W (HW-110600C0x). Pengecas dengan nombor model ini telah digunakan pada siri HUAWEI Mate40 yang dilancarkan pada Oktober lalu.

Untuk spesifikasi yang lain, HONOR V40 dijangka kan menggunakan cipset Mediatek Dimensity 1000+, paparan AMOLED 120Hz dan kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX700 RYYB.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version