Site icon TechNave BM

HONOR V40 lepasi pensijilan EEC, bakal dilancar secara global?

Pada bulan lalu, HONOR telah melancarkan HONOR View 40 sebagai telefon pertama mereka selepas berpisah dengan HUAWEI. Namun, peranti tersebut hanyalah dijual untuk pasaran China sahaja.

Terbaru, peranti ini telah dikesan di pensijilan Eurasian Economic Commission (ECC) dan ia menandakan bahawa peranti ini bakal memasuki pasaran global tidak lama lagi.

Yang menarik, selain HONOR V40, empat lagi peranti lain dari HONOR juga dikesan di pensijilan ECC. Nombor model berlainan itu mungkin merujuk kepada peranti baru lain dari HONOR ataupun nombor model HONOR V40 untuk pasaran yang berlainan.

Berikut adalah spesifikasi HONOR V40 yang telah memasuki pasaran China.

HONOR V40 dijual di pasaran China dengan harga 3599 Yuan (~RM2,245) untuk varian 8GB+128GB dan 3999 Yuan (~RM2,494) untuk varian 8GB+256GB.

HONOR V40

HONOR V40 versi global ini mungkin akan hadir dengan Google Mobile Services (GMS) kerana ia tidak lagi dihalang oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Adakah anda berminat sekiranya ia memasuki pasaran global? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version